BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 25, 2010

RESDUNG

Resdung ialah merupakan virus kanser yang hidup di bawah lapisan kulit.Ia mengalirkan darah kotor yang menjadi punca kepada kerosakan kulit muka.Virus ini turut mengalir bersama darah yang boleh menjadi punca kepada kerosakan organ-organ tertentu dalam badan.Simptom resdung ialah seperti sakit kepala, gatal-gatal, rambut gugur, hidung berair, bersin selalu, mulut berbau busuk,mata gatal-gatal,penglihatan kabur,telinga gatal,seluruh muka gatal,jerawat biasa atau batu,muka berbintik hitam,kahak banyak di kerongkong,gatal pada badan tertentu serta hidung berdarah.

Kaedah rawatan resdung yang saya jalankan adalah dengan menggunakan 5 kaedah iaitu :- 
1) Mengeluarkan lendiran ibu resdung dengan menggunakan serbuk sumpahan resdung bagi menyelesaikan masalah bersin,selsema dan nafas berbau dan hidung tersumbat.

2) Kaedah bakar hama resdung disekitar hidung dan dahi dengan menggunakan lilin herba resdung.Kaedah ini dapat menyembuhkan sepenuhnya masalah gatal-gatal muka pada kulit.Selepas rawatan pesakit turut diberikan percuma 3 batang lilin herba resdung.Pesakit perlu membakar lilin resdung yang saya berikan dan alinkan asap dia pada kawasan hidung dan bawah mata 3 malam berturut-turut.Setelah selesai,basuh muka dengan air bersih.

3) Sabun resdung turut diberikan percuma untuk pesakit mencuci muka setiap malam selama sebulan pada waktu sebelum tidur bagi membasmi kuman resdung dan membersihkan permukaan kulit serta menyembuhkan masalah jerawat.
4) Kemudian pesakit akan diberikan sebotol Toner Hidung yang mengandungi air zam zam yang sudah dicampur air garam bukit serta telah dibacakan ayat-ayat syifa resdung dari al quran.Air toner hidung itu dititis sebanyak 3 titisan pada setiap lubang hidung anda dan kemudian sedut kuat-kuat.Lakukan proses menyedut air toner hidung ini 1x sebelum tidur malam selama 7 hari berturut-turut,insyaALLAH nafas akan makin lega dan hidung pun tidak tersumbat serta gatal lagi.

5) 8 Kiub Teh Herba resdung akan diberikan kepada pesakit percuma untuk pesakit minum satu kiub setiap malam selama 8 malam berturut-turut.Teh herba resdung ini amat bagus bagi membasmi bakteria resdung secara dalaman kerana ia dirumus

dengan 20 jenis herba tradisional yang mampun meningkatkan antibodi amnya.Mula-mula anda patahkan kiub teh tersebut kepada dua bahagian,ambil sebahagian kiub tersebut lalu masukkan pada secawan air panas,bancuh sehingga larut dan minum.Teh herba ini sudah manis dan tidak perlu lagi ditambah gula.


LILIN RESDUNG




SERBUK